RESET Score
Kenal pasti corak yang selalu buat diet anda terputus supaya anda tahu masalah mana patut dibetulkan dulu.
RESET90 Interactive Kit bantu anda tahu apa nak buat hari ini, apa nak pilih bila makan luar dan macam mana sambung balik bila rutin terganggu. Bukan tunggu Isnin. Bukan mula dari kosong lagi.
Demo ringkas. Tak perlu daftar dan tak perlu emel.
Diet nampak mudah masa semuanya cantik. Tapi kehidupan sebenar ada craving, kenduri, mamak, kerja lewat dan hari yang memang penat.
Siang elok. Malam stres sikit, terus rasa semua usaha hari tu dah rosak.
Tak tahu nak pilih apa. Lepas makan, rasa bersalah dan mula fikir nak sambung minggu depan.
Meal prep tak sempat. Senaman tak jadi. Bila satu benda gagal, semua benda lain ikut berhenti.
Bukan sebab tak mahu berubah. Cuma masa tersasar, anda tak ada langkah seterusnya yang jelas.
Maklumat diet banyak. Masalahnya, masa craving datang atau plan rosak, maklumat tu tak semestinya beritahu anda apa nak buat sekarang.
Jawab tiga soalan ringkas. Anda terus dapat gambaran masalah utama dan langkah pertama yang patut dibuat.
Fokus hari ni cuma satu langkah kecil.
RESET90 tak minta anda duduk baca berjam-jam sebelum mula. Anda buka kit, pilih keadaan anda dan terus nampak apa yang patut dibuat seterusnya.
Buka ikut situasi. Dapat jawapan yang lebih jelas. Lepas tu terus buat satu langkah.
Kenal pasti corak yang selalu buat diet anda terputus supaya anda tahu masalah mana patut dibetulkan dulu.
Daripada fikir 90 hari sekaligus, fokus satu tindakan yang boleh dibuat hari ni.
Bila craving datang, pilih apa yang anda rasa dan ikut langkah yang lebih tenang sebelum terus makan ikut emosi.
Pilih situasi macam mamak, nasi campur, kenduri atau delivery dan tengok pilihan yang lebih sesuai.
Nampak susunan nasi, protein dan sayur dengan cara yang mudah difahami dan senang dipraktikkan.
Tengok apa yang menjadi dan satu benda yang perlu diberi perhatian untuk minggu seterusnya.
Bila anda tersasar, sistem tunjuk cara kembali pada hidangan seterusnya tanpa hukuman dan tanpa tunggu Isnin.
Simpan catatan ringkas supaya anda boleh tengok corak sendiri dan bukan bergantung pada ingatan semata-mata.
Ia paling berguna pada hari yang biasanya buat anda hilang rentak.
Belajar susun hidangan. Bukan buang makanan yang anda biasa makan.
Tak perlu elak semua outing. Ada pilihan bila anda memang kena makan luar.
Satu majlis tak perlu jadi alasan untuk lepaskan semua rancangan.
Bila tenaga rendah, fokus satu tindakan yang paling mudah dulu.
Kit bantu anda buat keputusan harian. Panduan ni pula jadi bahan rujukan bila anda nak faham kenapa langkah tertentu dibuat dan macam mana nak sesuaikan rutin dengan kehidupan anda.
Bonus ni disertakan bersama pembelian RESET90 Interactive Kit. Tiada pilihan pakej lain.

Khalid pernah melalui fasa mula dengan semangat, tersasar bila keadaan berubah dan rasa macam perlu mula semula dari kosong.
Daripada pengalaman tu, RESET90 disusun bukan sebagai satu lagi bahan bacaan panjang. Fokusnya ialah bagi satu tempat untuk tengok langkah seterusnya bila hidup tak berjalan ikut rancangan.
Perjalanan 121kg ke 85kg ialah pengalaman peribadi penulis. Ia bukan jaminan hasil yang sama untuk setiap orang.
Anda dapat kit interaktif RESET90 bersama bonus Panduan Diet RESET90 dalam satu pembelian.
Dapatkan RESET90 Interactive Kit dan bonus Panduan Diet RESET90. Buka bila anda perlukan arah dan terus buat langkah seterusnya.
Akses dihantar ke emel selepas pembayaran. Semak spam atau junk mail kalau emel tak muncul.